Mesti anda tertanya-tanya , apa tu kitar semula? Kepada yang tahu apa itu kitar semula bagus , tapi kepada yang belum tahu , biar saya ajarkan .
--> Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Sebagai pengguna yang bijak kita seharusnya mengitar semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin, botol dan sebagainya ..
Seperti yang ditunjuk pada gambar di atas , tong sampah yang berwarna Coklat adalah untuk sampah seperti kaca , tidak termasuk kristal, cermin, cermin tingkap, porselin, peralatan makmal, balang atau botol bahan toksik, logam, seramik dan skrin kenderaan.
Seterusnya, tong sampah yang berwarna Biru, adalah untuk kertas, ianya tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.
Manakala, untuk tong sampah berwarna Jingga, adalah untuk tin keluli, tin aluminium dan plastik, ianya tidak termasuk bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom.
*Sebagai Pengguna Bijak Kitar Semula lah bahan buangan yang boleh di kitar semula.