Friday, 23 March 2012

Melindungi Hak Pengguna ★

Definisi Melindungi Hak Pengguna

  • Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan dan barang yang berkualiti serta tidak mudah dieksplotasi.
Contoh Melindungi Hak Pengguna
  • Pengeluar mengeluarkan barang mengikut piawaian kualiti SIRIM
  • Kilang memberikan maklumat yang betul dan tepat kepada pengguna dengan prcetakan label di atas bungkusan barangannya.
  • Pihak sekolah memberikan pendidikan kepenggunaan kepada para pelajarnya supaya faham dengan ilmu pengguna yang bijak.
  • Majlis Pengguna menguji dan menilai amalan perniagaan dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah pengguna.
  • Kerajaan Malaysian telah menetapkan Akta Pengguna supaya para pengguna yang tertipu boleh membuat aduan mahkamah kepada para pengedar yang tidak bertanggungjawab.


Jadilah Pengguna Yang Bijak ★

Definisi Pengguna Bijak

  • Pengguna Bijak adalah pengguna yang dapat menguruskan perbelanjaannya dengan bijak dan menyedari haknya sebagai pengguna dan bertindak dengan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan jual-beli.

Pengguna BIJAK ★

Untuk Menjadi Pengguna yang Bijak anda seharusnya memiliki ciri-ciri tersebut .

Ciri-ciri Pengguna Bijak

  • Baca label - pastikan tarikh luput tersebut belum tamat tempohnya.
    Anda harus membaca label dan memastikan tarikh luput barangan sebelum membelinya. Ini untuk memastikan anda tidak membeli barangan yang tidak harus digunakan lagi. Barangan seperti susu dan roti mempunyai jangka hayat simpanan yang pendek, jadi pastikan anda membaca label pemakanan untuk mengelakkan pembaziran. 
  • Kualiti atau harga murah? Pada kebiasaannya, kos harga produk berkualiti lebih mahal. Ini bergantung kepada produk tersebut. Sekiranya anda membeli beg berjenama tiruan, ini bermakna anda telah membeli produk yang tidak berkualiti. 

  • Bandingkan harga.
    Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda idamkan, tetapi mendapat tahu yang barang itu dijual pada harga yang lebih rendah di kedai yang lain selepas melakukan pembelian anda? Anggap aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti tawar-menawar. Bandingkan harga barangan dari setiap kedai sebelum membuat keputusan untuk membeli.
    Pilihlah produk yang berkualiti tinggi ..
  • Sediakan senarai membeli-belah
    Pernahkah anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan? Untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku, sediakan senarai membeli-belah anda. Ini akan mengurangkan pembelian barangan yang tidak mustahak. Ia akan membantu menjimatkan wang anda. Mudah, kan? 

*JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK  ★

Kitar Semula


Mesti anda tertanya-tanya , apa tu kitar semula? Kepada yang tahu apa itu kitar semula bagus , tapi kepada yang belum tahu , biar saya ajarkan .

-->
   Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan. 


Sebagai pengguna yang bijak kita seharusnya mengitar semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin, botol dan sebagainya ..

Seperti yang ditunjuk pada gambar di atas , tong sampah yang berwarna Coklat adalah untuk sampah seperti kaca , tidak termasuk kristal, cermin, cermin tingkap, porselin, peralatan makmal, balang atau botol bahan toksik, logam, seramik dan skrin kenderaan.

Seterusnya, tong sampah yang berwarna Biru, adalah untuk kertas, ianya tidak termasuk kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak/aluminium, kertas berlapis plastik dan kertas yang kotor.

Manakala, untuk tong sampah berwarna Jingga, adalah untuk tin keluli, tin aluminium dan plastik, ianya tidak termasuk bekas cat, bekas bahan toksik, peralatan makmal dan bekas styrofom.

*Sebagai Pengguna Bijak Kitar Semula lah bahan buangan yang boleh di kitar semula.